Rabu, 15 September 2010

Kitab-Kitab Allah

Percaya kepada Kitab-Kitab Allah


Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:

* Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
* Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
* Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
* Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan